Wednesday, October 10, 2012

Tanda-tanda HAMIL

Memandangkan ada masa terluang, hari ni aku nak kongsi sikit dengan kawan2 ilmu yang tak seberapa dicampur aduk dengan pengalaman sendiri untuk menyedapkan rasa. Tanda-tanda yang lazim dirasakan oleh wanita normally:-

1. Putus Haid
Lazimnya ni lah tanda utama yang bagi petanda esspecially untuk mereka yang punya kitaran haid yang tetap dan teratur. Aku dulu lepas haid lewat seminggu terus beli upt kit dan hasilnya positif. Masa tu tak tau nak kata hepi ka tak, rasa macam tak ready lagi pun ada juga sebab masa tu baru 2 bulan kahwin. Tapi lepas bagitau kat hubby, dia terlampau hepi n tak sabar2 nak jadi abi membuatkan semangat aku nak jadi umi pun berkobar-kobar.

2. Rasa loya dan muntah-muntah terutamanya pada waktu pagi.
Biasanya wanita hamil akan mula rasa mual bermula minggu ke-4 hingga minggu ke-8, tapi ada juga yang kurang bernasib baik mula rasa loya dan muntah-muntah walaupun baru beberapa hari mengandung. Dulu masa awal2 ada la jugak aku rasa loya2 tapi tak la seteruk mana. Nak bagi hilang rasa loya makan la jeruk or asam. Aku makan gula2 ja bagi hilang loya.

3. Rasa letih yang luar biasa.

4. Buah dada terasa sengal2 dan bengkak.

5. Kerap membuang air kecil.
Ini disebabkan oleh penekanan pada bladder.

6. Rasa runsing yang tak menentu.
Masalah perubahan emosi adalah perkara biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. 

7. Rasa tak sedap mulut (payau).
Selera makan menjadi tak menentu. Kadang-kadang susah untuk mencari makanan yang betul2 menepati citarasa.

8. Hilang minat pada makanan & minuman kegemaran.

9. Alah kepada sesetengah bau.
Setiap wanita hamil mengalami masalah yang berbeza. Ada juga wanita yang alah pada bau makanan, bau wangian, rokok, bau sekeliling. Macam aku, 3-5 minggu pertama ja alah pada bau nasi. Ikat perut la sebulan tak makan nasi.

10. Kerap ke tandas disebabkan sukar membuang air besar.
Yang ni disebabkan masalah perubahan hormon semasa mengandung yang mengganggu sistem pencernaan. So, banyak-banyakkan lah minum air kosong dan banyakkan makan sayuran & buah-buahan.

Tanda-tanda hamil tak semestinya membuktikan yang anda hamil. So, untuk make sure kepastiannya anda boleh la melakukan UPT atau pun ultrasound. Tapi ultrasound kadang2 mungkin tak dapat detect untuk kandungan 6 minggu ke bawah.

TERIMA KASIH...sudah baca harap komen