Wednesday, October 10, 2012

Tanda-tanda HAMIL

Memandangkan ada masa terluang, hari ni aku nak kongsi sikit dengan kawan2 ilmu yang tak seberapa dicampur aduk dengan pengalaman sendiri untuk menyedapkan rasa. Tanda-tanda yang lazim dirasakan oleh wanita normally:-

1. Putus Haid
Lazimnya ni lah tanda utama yang bagi petanda esspecially untuk mereka yang punya kitaran haid yang tetap dan teratur. Aku dulu lepas haid lewat seminggu terus beli upt kit dan hasilnya positif. Masa tu tak tau nak kata hepi ka tak, rasa macam tak ready lagi pun ada juga sebab masa tu baru 2 bulan kahwin. Tapi lepas bagitau kat hubby, dia terlampau hepi n tak sabar2 nak jadi abi membuatkan semangat aku nak jadi umi pun berkobar-kobar.

2. Rasa loya dan muntah-muntah terutamanya pada waktu pagi.
Biasanya wanita hamil akan mula rasa mual bermula minggu ke-4 hingga minggu ke-8, tapi ada juga yang kurang bernasib baik mula rasa loya dan muntah-muntah walaupun baru beberapa hari mengandung. Dulu masa awal2 ada la jugak aku rasa loya2 tapi tak la seteruk mana. Nak bagi hilang rasa loya makan la jeruk or asam. Aku makan gula2 ja bagi hilang loya.

3. Rasa letih yang luar biasa.

4. Buah dada terasa sengal2 dan bengkak.

5. Kerap membuang air kecil.
Ini disebabkan oleh penekanan pada bladder.

6. Rasa runsing yang tak menentu.
Masalah perubahan emosi adalah perkara biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. 

7. Rasa tak sedap mulut (payau).
Selera makan menjadi tak menentu. Kadang-kadang susah untuk mencari makanan yang betul2 menepati citarasa.

8. Hilang minat pada makanan & minuman kegemaran.

9. Alah kepada sesetengah bau.
Setiap wanita hamil mengalami masalah yang berbeza. Ada juga wanita yang alah pada bau makanan, bau wangian, rokok, bau sekeliling. Macam aku, 3-5 minggu pertama ja alah pada bau nasi. Ikat perut la sebulan tak makan nasi.

10. Kerap ke tandas disebabkan sukar membuang air besar.
Yang ni disebabkan masalah perubahan hormon semasa mengandung yang mengganggu sistem pencernaan. So, banyak-banyakkan lah minum air kosong dan banyakkan makan sayuran & buah-buahan.

Tanda-tanda hamil tak semestinya membuktikan yang anda hamil. So, untuk make sure kepastiannya anda boleh la melakukan UPT atau pun ultrasound. Tapi ultrasound kadang2 mungkin tak dapat detect untuk kandungan 6 minggu ke bawah.

TERIMA KASIH...sudah baca harap komen

Thursday, January 05, 2012

Bubye 2011..Welcome 2012

Assalamualaikum...kabare semua?
Lama tak update blog, lama tak berpeluang pegang lappy ni, lama jugak tak melawat blog kawan2.. rindu meh tp apakan daya masa tak mengizinkan...
Sayang rasa nak tinggalkan kenangan indah tahun 2011...
tahun yang penuh bersejarah dimana aku telah tamatkan 3 zaman yang paling bermakna...
macam pelik je ayat ni kan? tapi kenyataan.. Alhamdulillah semua yang aku rancang berjalan dengan lancar sepanjang tahun tu walaupun byk cubaan dan dugaan yang harus aku tempuhi...nak tau tak apa yang aku maksudkan dengan 3 zaman tu?

  • zaman remaja - alam dewasa
  • zaman student - alam pekerjaan
  • zaman bujang - alam berumahtangga
Ada jugak yang mempersoalkan tentang usia aku..Ramai gak yang tanya.. "tak menyesal ke kahwin awal"..."nanti tak sempat nak enjoy".."awat anis kawwin awal sgt?" 
dah malas kot aku nak jawab soalan macam tu...thats why aku cuma senyum dan diam jebila korang tanya..nak bagi jawapan 'kahwin awal cegah maksiat' takut ada yang terasa lak nanti...bagi aku, klu bab enjoy, lepas kahwin pun boleh enjoy...nak enjoy dari segi apa lagi..aku pun tak faham maksud korang...
ada jugak yang tanya.."kenapa anis terima ja lamaran dari family dia sedangkan anis tak kenal lagi dia mcm mana", jawapan dia kat sini, tempoh bertunang 6 bulan dah cukup lama untuk anis mengenali dia dengan lebih dekat walaupun kami jarang berjumpa..bukan aku tak penah couple tapi semua mengecewakan, bazir wang dan waktu...bercinta lepas kahwin memeng lagi indah...apa yang penting sentiasa bertolak ansur dan saling memahami...masalah yang kecil cpt2 la selesai kan dan jangan diperbesarkan sebab mungkin ianya akan lebih merumitkan..cewah, berputar belit ayat skema aku..
Mungkin aku masih baru dalam alam berumahtangga dan belum matang tapi pengalaman akan mendewasakan kita...Insyallah, aku akan sentiasa memperbaharui diriku kearah kebaikan dan memperbaiki segala kelemahan diri..doakan kebahagiaan rumahtangga kami....

TERIMA KASIH...sudah baca harap komen

Tuesday, October 26, 2010

Kelebihan Wanita


Entry kali ni aku terdetik nak cerita tentang kelebihan wanita. tak rugi jadi wanita solehah. hari ni hari pertama praktikal kat salah sebuah hospital kat kelantan. sejuk hati tengok pakaian staf kat sini.sopan je..start dari matron, sister, staff nurse sampai lah ke staff2 biasa semuanya berpakaian sopan. baju diorang labuh sampai paras lutut n sekaligus telah merubah persepsi yang aku dengar selama bahawa nurse terkenal dengan istilah 'misi'='meksi'='miss seksi'. Antara kelebihannya ialah:-
1.   Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali 
2.    Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, 
3.    Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 
4.    2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, 
5.    Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
6.    Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7.    Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 
8.    Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 
9.    Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
20. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 
22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.





TERIMA KASIH...sudah baca harap komen