Monday, February 25, 2013

Donut Gebu

Hari ni nak share resepi donut. Resepi ni senang kalau korang ikut gerenti jadi. Aku dah try byk kali dah. Aku dapat resepi ni dari mak sedara aku kat Kodiang.
Yg ni belum dibedakkan lagi...
Bahan2 :~
3 cawan tepung gandum (diayak)
1 paket yis (aku guna yis mauripan 11g)
1 cawan air sejuk
1/2 cawan gula (kalau guna gula kastor lagi bagus, tekstur cantik)
1 sudu teh garam
2 sudu makan majerin
3 cawan minyak masak (untuk menggoreng)
1 cawan gula aising (untuk bedakkan donut lepas goreng)

Cara membuat:~
1. Gaul tepung, gula, yis & garam sama rata then campur majerin dan air perlahan2. Gaul sampai adunan tak melekat di tangan.
2. Perap adunan selama 1 jam.
3. Bentukkan donut dan atur dalam dulang, jarakkan.(guna acuan donut untuk bentuk yg cantik)
4. Biarkan donut naik lagi dalam 30-45 min.
5. Panaskan minyak, goreng donut dengan api perlahan. Kalau minyak terlalu panas nanti tak masak dalam.
6. Setelah sejuk, gaul dengan gula aising.

Ok, siap bleh makan. Hidangan ni untuk 6 org makan. Simpan dalam bekas kedap udara kalau nak donut kekal gebu lama. Ops, lupa nak bgtaw, kalau nak rasa lemak2 ckit bleh tambah susu tepung 2 sudu.....
Selamat Mencuba....




TERIMA KASIH...sudah baca harap komen

0 kutukan:

Post a Comment